Kek

Resepi Kek Marble Pandan Santan Moist

resepi-kek-marble-pandan-santan-moist

Resepi Kek Marble Pandan Santan Moist

Petang semua.. Arini nak tayang kek, ujung bulan lepas buat tapi lupa pulak nak hupdate sini. Gabungan serbuk santan dalam tu memang menjadikkan kek ni lebih sedap.

Bahan-Bahan:

  • 6 biji telur A saiz
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovellate
  • 30 gram serbuk santan
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 170 gram butter cair

Cara Membuat:

1. Masuk kesemua bahan hingga gebu putih. Tambahkan butter yang telah dicairkan dan kacau rata.

2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar plain, satu bahagian lagi tambahkan perisa pandan dan pewarna hijau.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang, selang selikan adunan, buat hingga habis. Nak guna loyang bulat pun boleh, ikutlah mana korang suka ok.

4. Bakar pada suhu 160c selama satu jam atau hingga kek masak sempurna, api atas bawah ye.

5. Kalau nak permukaan cantik, lepas 35 minit tutup permukaan dengan aluminium foil. Terbalikkan 1 jam dan lepas 1 jam terbalikkan semula.

Resepi Kek Marble Pandan Santan Moist

Resepi Oleh: Zila Norazila