Resepi Kek Pandan Fluffy Teruk
Subhanallah, bertalu-talu friend baru masuk lepas penangan puding campur dan sagu gula melaka durian. Wife saya gtaw “tulah kan berguna saya request itu ini. Nanti saya fikir nak makan apa lagi“.
Saya bagi resepi dan petua tanda terima kasih. Kek span pandan ni antara fav sebab tekan-tekan dia naik balik. Wow.
Bahan A:
• 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
• 65 gram minyak jagung
• 90 gram susu segar
• 1 sudu makan pandan paste
• 70 gram tepung naik sendiri
Cara Buat:
1. Whisk tangan telur tu hingga sebati. Masukkan minyak jagung, susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati.
2. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. Nak guna tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder dalam 1/2 sudu teh dan ayak sebati.
Bahan B:
• 5 biji putih telur gred A
• 70 gram gula halus
Cara Buat:
1. Masuk semua putih telur lepas tu rilek je kacau dengan mixer tangan atau mesin sampi mula berbuih.
2. Lepas tu baru pecut laju sambil buh gula sedikit demi sedikit. Naikkan lagi kelajuan sampai habis biar terbentuk soft peak, terus stop. Masuk dalam adunan tadi berperingkat. Kaup balik.
3. Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dasar dia dengan baking paper. Bakar guna teknik waterbath (isi air panas dalam dulang) 30 minit pertama, bakar pada suhu 160’C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.
4. Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu 140C. Masa pembakaran mungkin berbeza sedikit ikut jenis oven sendiri. Setel.

Resepi Oleh: Ben Safwan