
Resepi Kek Marble Nutella
Bahan-Bahan:
270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla
secukup Nutella utk disapu
Cara Membuat:
1. Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. (Bahan A)
2. Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. (Bahan B)
3. Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4. Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5. Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6. Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7. Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.
8. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dibelah dua dan disapu dengan Nutella. Masukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.