
Resepi Roti Daging Berkeju
Bahan-Bahan:
Daging kisar jenama “Ramly” (200g )
Bawang Besar – Dihiris (1 biji )
Bawang Putih – Dicincang (2 ulas )
Halia – Dicincang (1/2 inci )
Celery – Dipotong Dadu (1 batang )
capsicum merah – Dipotong Dadu ( 1/2 biji )
serbuk kari – Dibancuh dgn sedikit air ( 2 camca besar )
minyak masak/butter utk menumis (secukupnya)
Bahan lain –
aluminium foil saiz 8″ x 8″ (1 bekas )
roti putih Gardenia (6 keping )
telur (4 biji )
susu segar (4 camca besar)
Serbuk Lada Hitam (secukupnya)
Garam (secukupnya)
parutan keju mozzarella (1 cawan )
Daun parsley utk hiasan
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masuk kan daging dan kacau hingga hampir masak. Masukkan rempah kari, kacau biar sebati dengan daging.
3. Masukkan celery, capsicum dan gaulkan rata.
4. Kecilkan api dan biarkan campuran tadi hampir masak.
5. Sementara tu campurkan telur, susu dan serbuk lada hitam, kacaukan sebati.
6. Susunkan roti ke dalam bekas aluminium foil. Tuangkan setengah daripada adunan telur + susu ke atas lapisan roti dan biarkan meresap di roti.
7. Tutupkan api daging dan tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan roti dan ratakan. Taburkan keju memenuhi lapisan daging.
8. Tuangkan baki campuran susu dan telur tadi.
9. Bakar dalam oven pada suhu 160° selama 30minit/masak. Keluarkan dan potong untuk dihidang.