Enak dan Sedap, Resepi Puding Buih
Bahan-Bahan: Lebih dari 5 orang boleh makan
1 paket agar-agar strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur untuk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
Pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tapi letaklah esen vanila untuk tak nak bagi bau hanyir telur
Cara Buat:
1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing-masing. Kacau sebati.
2. Bila agar-agar dah suam-suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu (6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yang cuma ada mixer cap ayam macam saya ni or hand mixer bolehlah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau/pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan. Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya.
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur tadi
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
Cara Buat:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
2. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
Nota:
Bagi yang mempunyai lebihan telur putih (seperti membuat kek lapis yang tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur untuk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bagi saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak-lemak gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu.
Resepi Oleh: Qaira Amani