Snek, snek

Cara Buat Resepi Cheesekut Mango

cara-buat-resepi-cheesekut-mango

Cara Buat Resepi Cheesekut Mango

Bahan-Bahannya:

  • 350 gm cheese cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sb lemon jus
  • 1/4 – 1/2 cawan fresh milk
  • 1 cawan fresh milk (celup biskut)
  • 1-2 biji mangga
  • Nestum
  • 1 paket biskut lemak

Cara Membuatnya:

1. Putar cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Kemudian, masukkan fresh milk dan jus lemon. Kacau hingga sebati.

2. Celup biskut di dalam fresh milk, susun di dalam tray. Lapisan pertama letak cream crackers, lapisan kedua bancuhan cream cheese, dan lapisan ketiga mangga.

3. Buat hingga beberapa lapisan, ikut keluasan bekas. Diakhiri dengan lapisan bancuhan cream cheese. Kemudian tabur nestum.

4. Setelah siap semua lapisan, sejukkan cheesekut di dalam fridge, sekurang-kurangnya 4 jam. Boleh lah dihidangkan.

Cara Buat Resepi Cheesekut Mango

Resepi Oleh: Zarida Sani