Ayam

Resepi Ayam Masak Dried Chili Bersos

resepi-ayam-masak-dried-chili-bersos

Resepi Ayam Masak Dried Chili Bersos

Menu simple jer tanpa perlukan banyak bahan. Tapi rasanya sangat sedap sebab gabungan sos yang pelbagai. Aroma semerbak mewangi hasil dried chili, halia dan bawang holland. Korang harus try okay.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji bawang holland – dipotong kasar
  • 1 inci halia
  • 1 gengam dried chili
  • 1 biji kentang
  • Kicap lemak manis
  • Sos tiram
  • Sos blackpaper
  • Sos ikan
  • Lada sulah
  • Daun sup

Cara Memasak:

1. Bersihkan ayam. Perap bersama lada hitam, kicap lemak manis, sos tiram, sos blackpapers dan sos ikan. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang holland, dried chili, halia dan kentang. Masak hingga naik bau.

3. Masukkan ayam yang diperap bersama sos tadi. Gaul rata hingga ayam masak.

4. Masukkan lada sulah, garam dan gula jika suka (hati-hati kerana perapan ayam tadi sudah sedikit masin).

T5. ambah sedikit air jika mahu berkuah. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba.

Resepi Ayam Masak Dried Chili Bersos

Resepi Oleh: Maryam Hussain