Resepi Kek Keju Cheddar Fluffy

Resepi Kek Keju Cheddar Fluffy

Bahan A:

  • 8 keping Keju Cheddar (121g)
  • 50 gram Minyak Sapi + 50 gram Majerin (100 gram mentega tanpa garam)
  • 150 gram Susu Full Cream

+ Masukkan bahan di atas ke dalam mangkuk dan masak semuanya sehingga mencair dan sebati menggunakan kaedah double boiled.

  • 6 biji kuning Telur Gred A
  • 100 gram Tepung Kek (diayak)

+ Tapiskan adunan tadi, masukkan kuning telur satu persatu dan gaul rata. Akhir sekali masuk tepung kek sambil diayak dan gaul hingga adunan sebati. Ketepikan.

Bahan B:

  • 6 biji Putih Telur
  • 1/4 sudu teh Cream Of Tartar
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100 gram Gula Halus

Cara Membuat:

1. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk dan adun hingga berbuih kasar. Kemudian masukkan cream of tartar bersama garam dan adun hingga berbuih halus. Masa ni boleh masukkan gula. Masukkan secara berperingkat sebanyak 3 kali.

2. Adun hingga tahap firm peak (bertanduk) Masukkan 1/3 adunan meringue tadi ke dalam adunan A dan gaul rata, kaup balik sahaja. Kemudian masukkan lagi 1/3 meringue tadi dan gaul rata.

3. Akhir sekali, tuangkan adunan yang dikacau tadi ke dalam baki meringue dan gaul rata. Sediakan loyang saiz 8″ bersama dengan kertas pembakar.

4. Jika ada adunan tidak rata boleh ratakan dengan spatula. Kemudian hentak 3x loyang untuk keluarkan angin di dalam adunan. Panaskan oven, suhu 150°C selama 7 minit.

5. Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar adunan kek dengan kaedah waterbath selama 2 jam 30 minit api atas bawah atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.

6. Bila dah masak terus keluarkan dari loyang dan biarkan sehingga kek sejuk. Terbalikkan semula kek dengan board dan sedia untuk dihidang.

Resepi Kek Keju Cheddar Fluffy

Resepi Oleh: Ika Zul