Cara Masak Nasi Kurma Ayam Berempah
Bahan Perap Ayam:
- 4 ketul peha ayam
- 1 sdk serbuk kunyit
- 2 sdk rempah kurma
- 1 sdk garam
Bahan Nasi:
- 2 pot beras basmati – cuci, rendam 20 min dan toskan
- 3 cwn air – ikut sukatan dipeket beras seeloknya
- 1 1/2 sdm rempah kurma
- 1 sdk serbuk halia
- 1 sdm emping daun salam
- 1/2 cwn susu cair
- 1 sdm jus lemon
- 3 bj cili masak
- 1 sdm myk sapi
- 1 sdm myk masak
- 1/2 kiub ayam dan garam secukup rasa
Bahan Tumis A:
- 1 kulit kayu manis
- 2 bunga Lawang
- 3 bj buah pelaga
Bahan Tumis B:
- 1 bj bwg besar didadu
- 2 ulas bwg putih dihiris halus
- 1 helai daun pandan disimpulkan
- 3 tangkai daun pudina
Cara Membuat:
1. Gaul dan perap ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam. Di dalam kuali, letak sesudu minyak masak lalu goreng ayam sebentar. Goreng sekadar kulit ayam bertukar keperangan kerana ayam akan dimasak bersama nasi nanti.
2. Angkat ayam dan di dalam kuali yang sama panaskn minyak sapi dan tumis bahan A bersama bahan B hingga bawang layu. Masukkan rempah kurma dan serbuk halia, tumis hingga pecah minyak. Diikuti daun pandan dan pudina. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan cili masak, susu, jus lemon dan air. Pindahkan ke periuk rice cooker, biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan kiub ayam, garam, emping daun salam dan beras. Ratakan beras. Susun ayam di atas permukaan beras tadi.
4. Masak nasi seperti biasa. Bila button rice cooker bertukar keep warm tunggu 30 minit, angkat ayam kemudian baru gemburkan nasi dengan garfu. Hidangkan bersama lauk kegemaran.
Nota:
- Sepatutnya ayam tak perlu digoreng, tapi kak roy tak suka ayam pucat. So boleh skip goreng ayam dan terus letak dalam nasi.
- Boleh gantikan empingan daun salam dengan daun bay kering. Serbuk halia gantikan dengan 1 inci halia dan tumis dengan bahan B. Wangi dan sodap nasi ni. Hepi kuking.

Resepi Oleh: Kak Roy