
Resepi Kek Keju Kapas atau Cotton Soft Cheesecake
Bahan A:
250 gram krim keju
50 gram mentega
80 gram gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk vanilla
5 biji kuning telur
80 gram susu cair
Bahan B:
80 gram gula kastor
5 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Cara Buat:
Bahan A –
1. Untuk membuat keknya, putar krim keju, mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan jus lemon dan pukul rata sehingga semua sebati.
3. Masukkan tepung kek sambil diayak. Selang seli dengan susu sehingga habis sambil dan dikacau rata.
Bahan B –
1. Dalam bekas lain satukan putih telur, krim tartar dengan sedikit gula kastor. Pukul sehingga setengah kembang. Masukkan baki sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga adunan bertanduk (soft peak).
2. Kemudian masukkan adunan B ke dalam adunan cheese sedikit demi sedikit dengan cara kaup balik.
3. Gris loyang bulat 8″ dan lapik dengan kertas kalis minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan kaedah bain-marie (waterbath).
4. Bakar pada suhu 150c selama 1 1/2 jam. Setelah kek sejuk boleh hiaskan.
Resepi Oleh: Ika Zul