Resepi Kek Coklat Salted Caramel
Hari ni sis buat choc salted caramel cake. Tak minat manis lepas tu buat benda manis. Amende le. Saje buat untuk birthday sendiri hari ni. Suami nak belikan je tapi saje nak cabar diri buat. Awal-awal cakap kat dia nak buat je tapi hari nak buat hari tu jugak baru nak cari kek apa nak buat.
Tapi rasa memang mencabar gila tambah bila dah buat rasa menyesal pulak sebab tak pernah pandai buat sambil buat tu tekejar dengan jaga anak kecik tengah nak perhatian ni. Serius rasa baik beli je.
Bahan Untuk Kek Coklat:
- 4 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 cawan air panas
Cara Buat:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan susu pekat manis dan minyak masak.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sehingga adunan sebati.
3. Masukkan air panas ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.
4. Sediakan dua loyang bersaiz 8 inci dan alas dengan baking paper. Bakar pada suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga kek masak.
5. Setelah masak, keluarkan kek coklat, letak di atas redai. Apabila kek sudah sejuk potong kek kepada 3 lapisan.
Bahan Untuk Sos Salted Caramel:
- 200 gram gula halus
- 90 gram mentega Anchor (unsalted)
- 75 gram dairy whipping cream
- Sedikit garam
Cara Penyediaan :
1. Cairkan gula sepenuhnya hingga perang. Masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Tambahkan whipping cream dan kacau lagi hingga sebati. Masukkan sedikit garam ke dalam adunan. Kacau dan angkat.
Bahan Untuk Buttercream:
- 100 gram gula aising
- 100 gram shortening
- 200 gram krimwell
- 20 gram mentega
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara Buat:
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul adunan hingga kembang.
2. Sapukan setiap lapisan kek dengan buttercream dan sos salted caramel. Sejukkan seketika.
3. Kemudian salut buttercream di bahagian luar dan hias menggunakan lebihan sos salted caramel anda mengikut kreativiti.
Siap resepi kek coklat istimewa dengan lapisan sos salted caramel yang enak lagi sedap. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Ika Zul