Snek, snek

Cara Buat Rempeyek Rangup Paling Mudah

cara-buat-rempenyek-rangup-paling-mudah

Cara Buat Rempeyek Rangup Paling Mudah

Bahan-Bahan:

  • 200 gr tepung beras
  • 1 sdm tepung ubi kayu
  • 1 biji telur
  • kacang tanah
  • serbuk kunyit
  • garam/cukup rasa
  • 6 helai daun limau purut, gunting halus

Bahan Kisar:

  • 300-350 ml air (anggaran)
  • 3 biji buah keras
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sdm biji ketumbar

Cara Membuat:

1. Satukan kesemua bahan diatas, kecuali kacang tanah dan daun limau purut. Gaulkan adunan sebati, masukkan hirisan daun limau purut.

2. Panaskan kuali dengan minyak banyak. Masukkan sedikit kacang pada adunan, tuang perlahan ditepi-tepi kuali.

3. Goreng hingga keperangan. Sejukkan baru simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Tips:

  1. Gunakan kuali non-stick jenis wok, rempeyek senang nak tanggal.
  2. Minyak kena guna yang baru, InshaaAllah cantik kejadian rempeyek tu nanti.
Cara Buat Rempeyek Rangup Paling Mudah

Resepi Oleh: Kuali Helena