
Resepi Kek Chip Chocolate Moist Mini
Idea untuk jamuan dan jualan.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan serbuk koko
- 3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkn sedikit air)
- 1 sudu makan baking powder
- 1 sudu kecil soda berkarbonat
- 1 sudu teh chocolate emulco (optional)
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hitam (optional)
- Chip chocolate secukupnya
Bahan Kisar:
- 1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda ye. Rase tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- Sedikit assen vanilla
Cara Membuat:
1. Blenderkan semua bahan kisar. Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
2. Setelah itu, masukkan bahan yang kite dah blenderkan tadi ke dalam besen tepung gandum. Kacau mesra.
3. Masukkan serbuk koko dan chocolate emulco. Untuk dapatkan warna yang gelap, boleh masukkan sedikit pewarna hitam. Sapukan minyak masak pada acuan.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan. Letakkan chip chocolate atas permukaan kek. Nak letak sedikit dalam adunan pun boleh.
5. Pasang api dan panaskan kukusan. Tunggu sampai air mendidih. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak. Nurul Kukus selama 13 minit dgn api sederhana besar.
Guna Pengukus Elektrik 3 Layer Ni, Senang Nak Kukus Kek! >> https://shope.ee/4fQCEGj9Kl
Resepi Oleh: Puan Nurul Hairi