
Resepi Ayam Goreng Karamel Sedap Secukup Rasa
Senang sangat nak buat ayam masak karamel ni. Untuk yang suka berkuah boleh terus angkat selepas kuah sedikit kering. Kalau macam saya sendiri, suka kering macam ni. Means, karamelnya banyak bersalut pada ayam. Ayam pula jadi rapuh sangat terlerai dari tulang begitu saja gais!.
Bahan-Bahan:
- 10 ketul ayam
- 3 sudu tepung beras
- 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
- 1 cawan air
- 3 sudu madu
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu kecil chili flakes
Cara Memasak:
1. Basuh ayam sehingga bersih. Letak secubit garam dan lada hitam. Gaul bersama tepung beras. Kemudiaan, goreng dengan api sederhana. Ketepikan.
2. Letak satu cawan air bersama madu, kicap manis dan chili flakes. Tunggu sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
3. Kemudiaan, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sebati dan karamel melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!.
Resepi Oleh: Maryam Hussain