Resepi Kek Buah Bakar Boleh Tahan Sebulan
Alhamdulillah rezeki. Kek buah saya bakar je. Guna kualiti butter insyaallah sedap. Tak payah tunggu lama-lama untuk kukus jimat masa. Resepi kek buah bakar versi saya. Alhamdulillah memang laku. Bagi yang malas nak kukus boleh try versi ni. Boleh tahan sebulan letak peti ais. Rasa pun memang sedap dan moist.
Bahan A:
- 500g buah campuran
- 250g pure butter (anchor/tatura/scs)
- 1/2 cawan gula perang (ikut tekak masing-masing kalau nak manis tambah 2/3 camca sudu lagi)
- 1sdk caramel essence (optional)
- 1sdk mix fruit esen (optional)
- 1sdk vanilla esen
- 1 cwn fresh milk
Bahan B:
- 3 biji telur gred A
- 1 sdk baking powder
- 1 sdk baking soda
- 2 cawan tepung gandum
- 100g badam untuk hiasan
- 2-3 biji ceri hijau, merah
Cara Membuat:
1. Masakkan gula perang dengan dua camca susu segar. Masak sampai gula cair dan warna perang. Guna api perlahan jangan sampai hangit.
2. Masukkan susu segar yang selebihnya dan butter sehingga mendidih sedikit dan masukkan mix fruit. Tengok buah dah kembang tutup api. Biarkan sejuk.
3. Seterusnya, masukkan esen vanila, esen mix fruit dan caramel esen. Dalam bekas, campur semua bahan B dan pukul hingga sebati.
4. Campur Bahan A dengan bahan B dan masukkan tepung gandum guna kaedah kaup balik. Taburkan badam, sedikit mix fruit, ceri hijau dan merah.
5. Bakar adunan dalam bekas 4 segi 7×7 inci dengan kepanasan 160c ikut oven masing-masing. Bakar selama 40 – 50 minit kalau cucuk dengan lidi tengok dah bersih. Siap!.
Boleh Cuba Kek Buah Kukus Premium Guna 100% Real Butter Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Syud Yuha