Gebu Elok Resepi Apam Nasi Sukatan Cawan
Hari ni saya nak tunjukkan resepi apam nasi yang lembut dan gebu yang dikongsikan oleh Zura Zul. Cara untuk membuat apam nasi ni sangat mudah sebab hanya perlu gunakan sukatan cawan dan blender. Bahan-bahannya pun sangat mudah untuk didapati.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan nasi
- 1 1/2 cawan air
Blender nasi dengan 1 cawan air dulu, sebab kalau blender semua air, nasi tu tak berapa hancur halus. Kemudian tambah 1/2 cawan air dan sekali lagi blender.
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
- 3 sudu kecil yis mauripan
- 1 – 2 sudu kecil minyak masak
- Secubit garam
Cara Membuat:
1. Tuang bahan blender ke dalam bekas tepung-tepung, gula, dan mauripan. Gaul-gaul dan sebatikan semua bahan (kalau rasa nak blender sekali pun boleh).
2. Kemudian, perap bahan selama 1/2 jam lebih atau sampai naik. Kacau semula adunan dan warnakan ikut suka. Tuang 3/4 atau penuh ke dalam acuan kecil yang disapu dengan sedikit minyak.
3. Kukus selama 15 – 20 minit. Siap. Boleh makan kuih apam ni dengan kelapa parut putih + secubit garam (kelapa tu kena kukus seketika). Kalau nak buat lebih, gandakan adunan.
Guna Pengukus Elektrik Ni Kerja Mengukus Lebih Mudah >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Zura Zul