Kek

Resepi Kek Batik Empire Oreo Cheese

resepi-kek-batik-empire-oreo-cheese

Resepi Kek Batik Empire Oreo Cheese

Bahan-Bahan:

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B (aznie guna gred A)
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
3 pek biskut oreo – (buang krim dan patah-patahkan)
pandan paste
pewarna hijau

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata. Masukkan pandan paste juga sedikit pewarna hijau. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo, gaul hingga rata. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

5. Masukkan adunan ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang-goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

6. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana selama 1 jam.

Lapisan Cheese

Bahan-Bahan:

250g Cream Cheese
1 bj Telur GredA
2 sb Gula Halus (Aznie guna 1/4 cwn je)
**sedikit nutella

Cara Buat:

1. Putar kesemua bahan kecuali nutella sehingga kembang. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan sedikit nutella.

2. Tuangkan adunan cheese plain diatas kek batik tadi. Kemudian, paipkan adunan cheese yang telah dicampur dengan sedikit nutella. Buat la corak ikut suka.

3. Bubuh sedikit oreo diatas cheese (ikut suka, sekadar hiasan). Kukus selama 5-8 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong/hidangkan.

Resepi Kek Batik Empire Oreo Cheese

Resepi Oleh: Aznie Khasri