Resepi Kaswi Pandan Lemak Manis Sukatan Cawan
Antara kuih tradisional yang mudah dan cepat untuk disediakan. Kaswi Pandan Lemak Manis, lembut, gedik-gedik dan sedap. Bahan-bahan dalam sukatan cawan minum teh.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung Ubi
- 1 cawan gula pasir, tambah 2 sudu makan
- Sedikit garam halus
- 1/2 cawan santan kotak Kara
- 2 cawan air Pandan dari 6 helai daun pandan yang di blend bersama sedikit air
- 2@3 sd makan air kapur jernih (1/2 sd teh kapur bancuh dengan setengah cawan air, biar terseduh ambik yang jernih) saya letak terus sedikit kapur makan ke dalam blender dan blend bersama tepung.
- Sedikit pewarna hijau Epal jika suka warna terang sikit
Campurkan air pandan, santan Kara, air kapur dan air paip biasa, jadikan 6 cawan air pandan kesemuanya.
Cara Membuat:
1. Sebelum bancuh bahan-bahan, panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak dalam loyang 9 atau 10 inci. Ketepikan dulu. Satukan semua bahan, kacau sebati atau blend sampai gula larut.
2. Tapiskan adunan ke dalam periuk atau kuali, buka api dapur sederhana perlahan dan kacau jangan henti sehingga naik wap dan adunan kelihatan pekat. Jangan tinggal tau nanti adunan berketul-ketul dan jadi kerak kat dasar periuk.
3. Sambil tu, letak loyang tadi dalam pengukus yang dah panas, panaskan sekejap loyang tu. Bila adunan tadi dah nampak pekat tuangkan ke dalam loyang, kukus dengan api sederhana perlahan selama lebih kurang 30-40 minit atau hingga masak.
4. Keluarkan loyang dari pengukus, jika ada lebihan air pada permukaan kaswi, sengetkan loyang dan buangkan lebihan air tu. Sejukkan sepenuhnya sebelum potong dengan pisau plastik yang nipis.
5. Pengukus yang masih panas jangan dibiarkan, gaulkan kelapa dengan secubit garam halus kemudian kukus sekejap agar kelapa tak cepat masam. Apabila kaswi dah sejuk, potong cantik-cantik dan gaulkan dengan kelapa. Siap.
Nota:
- Wajib bungkus tudung pengukus dengan kain serap air supaya wap air yang kasar tak menitis pada permukaan kaswi yang sedang dikukus.
- Jangan kukus api terlalu besar, nanti permukaan kaswi jadi berombak dan berlekuk-lekuk. Tak cantik. Silakan share, moga bermanfaat ye.
Guna Loyang 9 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Kuih Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh Zurina Kifli


