Donat Lembut Gebu Uli Guna Tangan Menjadi Elok
Alhamdulillah Cuba Resipi orang. Punya la lembut, tumpang lalu yer. Panjang karangan tu, sanggup ke nak baca. Sukatan cawan versi uli tangan.
Bahan Perapan Yis:
- 1 1/2 cawan air suam (isikan dalam gelas besar atau mangkuk supaya yis berbuih tidak melimpah)
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan yis Mauripan@Saf
- 2 biji kuning telur gred B yang dibuang pusat, kacau sekejap (rahsia lembut gebu)
Cara Buat: Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur, siap.
Bahan-Bahan Lain:
- 4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 sudu makan shortening
- 2 sudu makan marjerin (Kalau tak ada Shortening boleh letak 3 sudu makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh Bread Softener atau sebarang pelembut roti yang ada
- Sediakan sedikit air jika perlu
Cara Membuat:
1. Satukan bahan di atas dan gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain. Tuangkan perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau sudah ok, tidak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-lekit sedikit.
2. Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih yang disapu dahulu dalamnya sedikit minyak dan diramas-ramas. Sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin. Guna plastik yang tebal sedikit.
3. Kemudian keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh tidak melekat pada tangan. Tutup bekas doh atau guna kain lembap atau plastik wrap. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
4. Apabila doh cantik kembang, tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk yang disukai. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tidak melekat pada tangan. Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang.
5. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar dulang apabila hendak diangkat untuk digoreng nanti. Jangan sampai doh terover kembang nanti donat mengecut lembik dan akan serap banyak minyak bila digoreng.
6. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan. Balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring Putih tu.
7. Api pulak jangan kuat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tidak masak sepenuhnya. Apabila donat sudah masak angkat tos minyak. Apabila suam bolehlah salutkan dengan gula atau apa-apa toping yang kita suka.
Nota: Kalau ada tepungg high protein atau tepung Jepun sangat lah bagus, boleh guna.
Guna Acuan Donut Macam Ni Untuk Bagi Donut Bulat dan Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish


