Resepi Agar-Agar Buah Mudah Sedap dan Menyegarkan

Resepi Agar-Agar Buah Mudah Sedap dan Menyegarkan

Aritu bini saya scroll group ni, nampak agar-agar buah tu. Teringin katanya. Tapi sukatan takde, just agak-agak. Takpe saya cakap saya buka kitab jap. Bagi saya study. Ni hasil ilmu orang bagi saya dulu tips nak buat agar-agar, saya sampaikan balik pada akak-akak eh. Nisbah 10 gram agar-agar tali = 1liter air = tekstur terbaik.

Bahan-Bahan:

  • 20 gram agar-agar tali
  • 2 liter jumlah air kosong/air laici/air jagung bila dicampur bersama, ratio ikut suka.
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 1 tin (200 gram) jagung manis dalam tin cap Ayam Brand
  • Biji selasih ikut suka (letak dalam air biar kembang dan toskan)
  • Buah ikut kuantiti yang disukai

Cara Membuat:

1. Rendam agar-agar tali 45 minit hingga 1 jam. Masak air kosong biar mendidih dulu baru tambah agar-agar yang siap direndam dan ditoskan. Pastikan yang ni hancur betul baru masukkan gula. Biar hancur baru tambah satu tin laici dengan satu tin jagung manis, siap dengan isi-isi masukkan.

2. Sambil biarkan air didihan dia panas tu, akak potong buah ikut nak bentuk camno asal akak suka tengok. Pilih yang colourful. Susun dalam bekas acuan lepas tu ceduk air didihan agar-agar panas siram atas buah. Tujuan bagi buah lembik sedikit.

3. Biar kat luar dulu bagi sejuk, baru masukkan dalam peti sejuk sekitar 1 jam 30 minit minima. Baru boleh potong dan makan.

4. Senyum bini saya makan sambil tengok cita hindustan dia. Bab basuh bekas, periuk semua tolak kat mem la. Sedap betul rasa air jagung manis dengan air laici bercampur. Ringan sambil rasa masam manis buah.

Boleh Guna Acuan Agar-Agar Macam Ni Baru Cantik Dan Mudah Dipotong >> KLIK DI SINI

Resepi Agar-Agar Buah Mudah Sedap dan Menyegarkan

Resepi Oleh: Ben Safwan