Puding

Resepi Puding Lapis Cincau

resepi-puding-lapis-cincau

Resepi Puding Lapis Cincau

Bahan-Bahan:

20 gm agar-agar bertali – cuci, rendam 1 jam
5 cawan air
1 cawan gula
1 cawan cincau hitam – parut halus
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna merah/pink + sirap rose

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau sekata.

2. Masukkan susu cair, kacau dulu. Kemudian, masukkan pula tepung jagung, esen vanilla dan secubit garam. Sentiasa kacau-kacau, jangan sampai mendidih. Tutup api.

3. Bahagikan adunan agar-agar kepada dua bekas. Lebihkan agar-agar untuk warnakan merah/pink + sirap rose. Satu bekas adunan agar-agar campur dengan cincau. Kacau rata.

4. Sediakan loyang 8×8, tuang 1 cawan agar-agar pink dalam loyang. Biarkan sederhana beku, kemudian 1 cawan agar-agar cincau, biarkan juga sederhana beku. Buat sehingga habis adunan agar-agar kedua2nya. Setiap lapisan 1 cawan agar-agar.

5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Boleh keluarkan puding tu dan telangkupkan atas alas yang rata. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Resepi Oleh: Zura Zul dari FB Group MAHN