
Resepi Sambal Goreng Jawa
Bahan-Bahan:
Kentang 8 biji
Tauhu 8 keping
Tempe 8 keping
Bawang besar 6 biji (hiris)
Bawang merah 10 biji (hiris)
Bawang putih 10-15 biji (hiris)
Cili merah 6 biji (hiris)
Cili hijau 6 biji (hiris)
Halia 1-2 inci (cincang)
Suhun
Tauhu kering
Ikan bilis
Garam
Gula
Minyak masak
Air asam jawa
Kicap
+ Boleh juga tambah bahan-bahan seperti petai, udang, hati & pedal ayam, dan kacang sayur
Cara Memasak:
1. Potong dadu kentang dan basuh bersih, tauhu, tempe, kemudian goreng satu-satu, toskan. Bermula dengan kentang, tauhu, last sekali goreng tempe. Guna minyak yang sama je.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, kalau banyak sangat kurangkan sikit, terus tumis bahan-bahan hiris, halia dan ikan bilis sampai layu. Kalau ada udang boleh masukkan udang masa ni.
3. Kemudian, masukkan kentang, tauhu dan tempe yang dah digoreng tadi. Masukkan juga air asam jawa, kicap, garam dan gula. Gaul rata.
4. Masukkan pula suhun dan tauhu kering yang dah direndam dan dipotong kecil.
5. Rasa dulu. Agak-agak dah cukup rasa semua. bolehlah matikan api dan dihidangkan.
Resepi Oleh: Siti Noraisyah – MAHN