Kuih Muih

Resepi Karipap Basah

resepi-karipap-basah

Resepi Karipap Basah

Bahan-Bahan:

Bahan Kulit Karipap –

2cawan tepung gandum (guna tepung sejuk dari peti ais)
2-sudu besar marjerin
1/2 cawan air dibancuh dengan sedikit garam

Bahan Inti –

1 batang timun – dikupas kulit, dibuang biji dan dihiris halus panjang
1/2 batang lobak merah diparut seperti cheese
2-3 genggam tauge
1 buku tauhu dihancurkan (jangan hancur sangat)
1 labu bawang besar dipotong dadu (tak letak pun takpe)
Maggie cukup rasa (tak letak pun takpe)

Bahan Sos –

500 ml cili kering dah dikisar (cair sikit ye)
1 genggam udang kering dikisar
10-12ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan 1/2 gula pasir (boleh kurangkan)
3 sudu besar gula perang
Maggie cukup rasa secukupnya
3 sudu besar cuka (agak-agakla rasa masamnya)

Cara Membuat:

1. Buat Kulit Karipap. Ramas tepung dengan marjerin sampai sebati. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan uli sampai jadi doh. Ok siap. Karipap nanti digoreng dengan api sederhana ya.

2. Untuk Buat Inti. Ok, cara mebuat inti ni ada dua versi. Satu, kalau ikut selera saya inti ni ditumis sebentar. Tumiskan bawang dulu, baru letak sayur mayur dan padankan dengan maggie cukup rasa. Tak payah masin sangat, cukup-cukup je.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Kuih Bingka Labu Lembut

3. Cara buat inti kedua. Inti ni digaul sebati dan diletakkan fresh gitu kedalam karipap. Tak perlu dimasak, ikut selera masing-masing ya.

4. Cara Buat Sos. Tumis bawang putih sampai garing, jangan hangus ya. Masukkan cili dan udang kering. Biarkan mendidih.

5. Bila dan mendidih, baru masukkan gula pasir, gula perang, cuka dan maggie cukup rasa. Biar mendidih lagi sampai sos pekat. Ok siap, bolehlah salutkan dengan karipap tadi.

Resepi Oleh: Fathima Zehra El-Annes – FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)