
Resepi Kari Ketam ala Mamak Tanpa Santan
Kari ketam ala mamak tanpa santan seringkas yang boleh fav pak mertua. Pes kari ni boleh je kalau korang guna untuk buat lauk kari ayam, ikan, daging dan yang penting simple tapi berperisa.
Bahan-Bahan:
- 8 ekor ketam siang dan cuci bersih
- 1 biji tomato besar dihiris atau cincang hancur
- 2 tangkai daun kari
Bahan Tumis:
- Minyak masak
- 4 biji bawang besar dihiris nipis
- 5 biji bawang kecil dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 3 inci halia ditimbuk lumat
Bahan Rempah:
- 2 sudu besar remph kari ikan
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu kecil rata serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bersama halia yang ditumbuk hingga layu dan hampir perang. Masukkan bahan rempah biarkan api perlahan dan kacau sebati. Masuk sedikit air, tomato, api serdehana, biarkan hingga jadi seperti pes dan pecah minyak.
2. Masukkan ketam, daun kari, dan perisakan dengan garam, gula, aji. Kacau sebati dan biarkan api perlahan serta tutup periuk dan masak hingga ketam keluarkan airnya sesekali, kacau.
3. Bila semua bahan dah sebati, berperisa dan masak, siap untuk dihidangkan. Jika suka kuah cair boleh tambah sedikit air.
Resepi Oleh: Aisyah Humaira