Kek

Resepi Kek Keju Strawberi Dingin

resepi-kek-keju-strawberi-dingin

Resepi Kek Keju Strawberi Dingin

Bahan-Bahan:

Tapak/Base –

Biskut cream cracker/Digestive 125g
Gula (dimesin dan diayak) 1sudu besar(sb)
Mentega (Unsalted/Tanpa garam) 80g

Bahagian Atas –

Cheese Krim 375g
Gula (dimesin dan diayak) 125g
Krim putar/Whippingcream 250g
Jus lemon 3sb
Gelatin halal (Halalgel) 1sb
Air panas 50ml

Hiasan –

Jem strawberi 6sb
Air panas 2sb

Cara Membuat:

1. Blender biskut sehingga halus. Cairkan mentega. Gaul rata biskut, gula dan mentega.

2. Masukkan dalam acuan jenis spring form dan tekan sehingga padat dan rata dengan senduk. Kemudian, masukkan ke dalam petis ais (chiller) selama sejam.

3. Masukkan gelatin dalam gelas dan tuang air panas. Kacau sehingga larut. Ketepikan.

4. Dalam satu bekas, putar krim putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan bertanduk.

5. Dalam bekas yang lain, putar cheese dan gula sehinga lembut dan masukkan jus lemon. Kacau sehingga sebati.

6. Masukkan 1/3 krim putar dan putar sehingga sebati. Masukkan lagi 2/3 krim putar ke dalam no. 9 dan pukul sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Honey Lemon Butter Dish Wash

7. Masukkan larutan gelatin dan putar sehingga sebati.

8. Masukkan adunan ke dalam spring form yang telah disejukkan terlebih dahulu. Masukkan semula ke dalam peti ais(chiller) semalaman.

9. Ketika menghidang, larutkan jem strawberi dan air. Tuang di atas kek dan hias dengan strawberi.

Kek-Keju-Strawberry-Chilled