Kuih Muih

Resepi Kuih Koci Labu

resepi-kuih-koci-labu

Resepi Kuih Koci Labu

Cara Buat Dadih Santan

Bahan-Bahan:

  • 2 kotak santan 200ml + dengan air jadikan 1 liter santan atau nak kurang dari 1 liter pun boleh
  • 7 sudu tepung beras
  • 7 sudu tepung jagung
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara Buat:

1. Tuang santan dalam bekas, masukkan tepung beras dan tepung jagung. Kacau-kacau bagi sebati dan tapiskan.

2. Masak atas api sederhana, perasakan dengan gula dan garam ikut selera masing-masing. Masak sampai likat atau sampai dadih tu meletup-letup.

Cara Buat Inti Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara Buat:

1. Masak gula merah + air sehingga larut. Tapiskan. Masukkan kelapa, kacau-kacau. Masak sehingga nak kering, masukkan tepung untuk jadikan inti lebih kental.

Cara Buat Koci

Bahan-Bahan:

  • 250gm tepung pulut
  • 250gm labu (direbus + dilecek)
  • 1/2 cawan santan cair, jangan tuang kesemuanya, tuang sedikit-sedikit
  • Daun pisang secukupnya

Cara-Cara:

1. Gaul labu dengan tepung hingga sebati, masukkan santan cair sedikit demi sedikit. Gaul atau uli sehingga doh tidak melekat kat tangan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Talam Oreo Cheese

2. Doh tadi buat bulat-bulat kesemuanya (anggaran berat ikut suka) dan masukkan inti dalam doh (inti tu bulat-bulatkan dulu). Bulat-bulatkan semula semuanya.

3. Didihkan air panas. Bila dah endidih masukkan doh labu. Dah timbul, angkat doh dan terus masuk atau gaul dalam dadih santan yang dah dimasak.

4. Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api, daun pisang panjang dan lebar 5 inci. Siap! tak perlu kukus ye, nanti dadih santan akan mengeras. Kalau nak kukus juga, jangan lama tapi sekejap je.

Resepi Kuih Koci Labu

Resepi Oleh: Zura Zul