Roti Gulung Garlic Parsley
Bahan-Bahan: Makes 8 rolls
Bahan Doh –
- 1/2 cup tepung roti
- 2 1/2 tsp active yeast
- 1 1/4 cup susu suam
- 1 tsp gula
- 1/2 tsp garam

Garlic Parsley Spread (Inti) –
- 5 ulas garlic chopped
- 4 tbsp fresh parsley, finely chopped
- 1/3 cup parmesan/cheddar shredded
- 1/2 cup butter, softened
- 1/2 cup mozzarella, shredded

Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk yang sesuai, masukkan susu suam, yis dan gula. Biarkan selama 10-15 minit. Bila sebatian susu sudah menjadi creamy dan berbuih, masukkan tepung roti dan garam.
2. Uli doh selama 10 minit dan bentukkan sebiji bola. Tutup dengan kitchen towel dan biarkan doh naik selama sejam ditempat yang sesuai, contoh di tepi tingkap (Warm spot).
3. Sementara itu, sediakan inti sapuan. Satukan semua bahan inti di dalam satu mangkuk. Ketepikan.
4. Selepas 1 jam, ambil doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan udara dan uli 2, 3 minit lagi. Taburkan sedikit tepung roti di atas papan pencanai dan canai menjadi rectangle. Ratakan inti garlic parsley ke serata permukaan doh.
5. Gulungkan menjadi log panjang. Kemudian potong doh menjadi lapan gulungan dengan ketebalan 1 1/2 inci setiap satu. Susun rapat-rapat di dalam tin pembakar yang telah diglaze. Tutup doh dan biarkan doh naik lagi selama 45 minit ke 1 jam.
6. Selepas 1 jam panaskan oven 180c. Sapukan doh dengan olive oil, taburkan cheddar dan bakar selama 30 minit atau hingga masak, ikut oven memasing. Bila siap hidangkan dengan sos spageti atau mushroom soup. Happy baking.

Resepi Oleh: Keroroyz Royz