
Roti Pita Versi Diet Sedap dan Lembut
Setakat ni, inilah roti yang paling best, mudah dibuat dan sedap sangat. Ada rasa manis-manis buah dan lembut. Ngam sangat dicicah kari atau kuah asam pedas. Anak-anak pula suka dibuatkan sandwich. Tebuk poket pada roti. Sapu mayonis dan butter. Sumbatkan scrambled egg, cheese dan salad. Boleh abis 2-3 keping sekali hadap tau. As dah siap-siap kirakan kalorinya menggunakan app my fitnesspal. Jom As sharekan resepinya. Sebagai makluman, dalam gambar tu as buat 2 adunan tau.
Bahan-Bahannya: Menghasilkan 16 keping roti
- 2 cawan tepung gandum
- 2 susu kecil yis kering
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar minyak makan
- 3 sudu besar gula halus
- 1 sudu kecil garam
- 3/4 cawan air suam
Cara Membuat:
1. Satukan air suam, susu tepung, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih halus.
2. Dalam mangkuk adunna, satukan tepung, garam dan minyak. Tuangkan campuran yis tadi sikit demi sikit. Gunakan senduk atau spatula. Adunan memang akan sedikit melekit.
3. Setelah menjadi doh, tutup dan diamkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang 2 kali ganda.
4. Bahagikan adunan kepada 16 bahagian. Tabur sikit tepung jika adunan melekat di tangan. Anggaran 35g – 40g sebiji. Bulat-bulatkan dan diamkan sebentar.
5. Canaikan dan rehatkan selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat.
6. Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Masak sebelah bahagian anggaran 1-2 minit sebelum diterbalikkan.
Roti sihat ni sesuai dimakan cicah dengan kuah kari atau dijadikan poket isi dengan protein dan sayuran kegemaran korang.
Kalori sekeping roti diet kosong tanpa kuah atau isi: 70 kcal. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Resepi Oleh: Asrinna Bakri