Nasi

Resepi Set Lengkap Nasi Dagang Terengganu

resepi-set-lengkap-nasi-dagang-terengganu

Resepi Set Lengkap Nasi Dagang Terengganu

Kalau tempat lain pulut kuning dimakang dengan rendang, kalau orang terengganu pulut kuning dimakang dengan kuah gulai ikang aya. Hari ni buat buat nasi dagang, kukus pulut kuning jugak, awak pilih yang mana, nasik dagang atau pulut kuning. Saya pilih dua-dua sebab dua-dua febret saya. Saya share resepi nasi dagang terengganu ye, boleh lah cuba buat.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 4 cawan beras Jati (atau beras nasi dagang, saya lagi suka pakai beras wangi)
  • 1 cawan beras pulut (kalau pakai beras siam atau wangi tak payah tambah beras pulut yer)
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-Cara Kukus Nasi:

1. Beras dicampur dengan beras pulut direndam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok). Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.

2. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.

3. Kukus semula selama 20 minit lagi. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.

4. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. Boleh dihidangkan.

Cara Masak Ikan Aya atau Tongkol

Bahan-Bahan Ikan:

  • 1 ekor ikan aya atau tongkol
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya

Cara Buat:

1. Bersihkan ikan aya dan potong. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air. Air hendaklah melebihi paras ikan.

2. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-Bahan Kuah:

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas *
  • 1in kunyit hidup * (Bahan bertanda * diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 – 9 bj cili padi
  • Minyak

Bahan Penumis –

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.

2. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.

3. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.

5. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.

6. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

Nota:

  • Ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
  • Kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dalam gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap.

Kalau nak lagi sedap kuah buat macam nie yer;

  1. Masak Santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, air asam jawa, dan gula melaka.
  3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
  4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
  5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
  6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak. Kalau mahu pekat masak lama. Siap!
Resepi Set Lengkap Nasi Dagang Terengganu

Resepi Acar Timun

Bahan-Bahan:

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang

+ Semua dihiris memanjang

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu garam (optional)
  • 2 sudu cuka (pakai cuka jalen tak masam sangat)

Cara-cara: Gaul sebati dan boleh lah di hidang.

Siap hidangan set lengkap resepi nasi dagang Terengganu, gulai ikan aya juga boleh dimakan bersama dengan pulut kuning.

Resepi Set Lengkap Nasi Dagang Terengganu

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman