Kek

Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

resepi-japanese-cotton-caramel-cheesecake

Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

Bahan A (Gula Hangus):

  • 2 sudu besar gula
  • Periuk atau loyang yang tinggi nya lebih 3 inci lebih kurang 8 inci lebar

Caranya:

1. Panaskan periuk dengan api sederhana besar, masukkan 2 sudu gula. Biarkan gula mencair dan bewarna keemasan, jangan terlalu gelap nanti hasilnya rasa pahit.

2. Boleh kacau sekejap gula tersebut biar sekata cairnya, bila dah cantik warna keemasan, tutup api dapur dab biarkan ia sejuk. Kalau bunyi gula hangus retak, abaikan memang macam tu.

Bahan B untuk Puding:

  • 400ml susu cair
  • 3 biji kuning telor
  • 2 biji telor
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila

Caranya:

1. Masukkan 3 biji kuning telor dan 2 biji telor ke dalam bekas pengadun, kacau perlahan biar sekata.

2. Kemudian dalam bekas yang mengandungi kuning telor + telor 2 biji tu, masukkan susu cair, gula kastor dan esen vanila.

3. Kacau perlahan sahaja sehingga gula hancur sepenuhnya, guna senduk kayu sahaja. Boleh lenggang-lenggangkan bekas pengadun tadi supaya semuanya sebati.

4. Kemudian tapis Bahan B dan terus masukkan ke dalam periuk yang mengandungi Bahan A tadi. Masa ni ia akan berbunyi retakan, biarkan sahaja.

5. Ketepikan bahan ni dan TAK PERLU BAKAR lagi biarkan sahaja.

Cara Buat Japanese Cotton Cheese Cake

Bahan A –

  • 250gm cheese*
  • 50gm butter*
  • 100gm susu segar*
  • 6 biji kuning telur saiz A
  • 1 sudu besar jus lemon
  • secubit garam
  • 60 gm tepung gandum (tepung gandum ayak 3x)
  • 20gm tepung jagung

Bahan B:

  • 140gm gula halus (gula kasar saya blend)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon

Caranya:

Bahan A –

1. Bahan bertanda * (cream cheese, butter dan susu) dicampur sebatikan dan dipanaskan menggunakan kaedah double boiler sehingga cair, pekat dan sejukkan.

2. Sediakan 2 bowl; satu bowl A untuk diisikan dengan kuning telur dan satu bowl B untuk diisikan dengan putih telur. Kedua-dua bowl mestilah kering dan bersih. PENTING: Bowl yang berisi putih telur tu memang kene bersih dan sewaktu asingkan putih telur serta kuning telur, pastikan tidak masuk sedikit pun kuning telur dalam bowl putih telur. Nanti tak jadi pula merigue.

3. Bowl A; satukan kuning telor, garam, jus lemon dan tepung gandum yang di ayak 3 kali serta tepung jagung (masukkan tepung-tepung ni sedikit demi sedikit sambil kacau). Sebatikan dan tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu).

4. Kemudian adunan ini hendaklah ditapis supaya hasil kek lebih gebu dan tiada ketulan tepung.

Untuk adunan Bahan B – Merigue

5. Dalam Bowl B, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan jus lemon dan pukul sekejap. Kemudian tambahkan gula halus dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Maksud bertanduk ni bila diterbalikkan ia tak jatuh, pukul lama pun tak apa. PASTIKAN untuk adunan B ni semua bekas dan bahan mestilah tidak bercampur dengan bahan-bahan lain., nanti tak jadi merigue.

6. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati menggunakan kaedah kaup balik menggunakan senduk kayu. Jangan terlalu lama mengacau, nampak sebati stop.

7. Sediakan loyang kek atau periuk yang telah diletakkan dengan karamel tadi yang bulat berukuran 8 inci. Tuang adunan kek perlahan-lahan dalam tin kek.

8. Bakar kek dalam oven kira-kira 1 jam menggunakan kaedah waterbath pada suhu 160c. Gunakan rak membakar yang agak bawah (saya ada 5 rak dalam oven guna second last). Saya guna api atas dan bawah.

9. Seterusnya, dalam 10 minit terakhir atau jika nampak bahagian atas tu macam nak hangus, letakkan aluminium foil untuk tutup permukaan kek supaya tak hangus.

10. Bila dah siap bakar jangan keluarkan terus, off oven dan regangkan sedikit pintu oven dalam 10 minit baru dikeluarkan. Bahagian tepi kek tu akan regang sendiri, tapi boleh saja gunakan pisau pada tepi kek, telangkupkan loyang.

Siap resepi Cheesecake Japanese Cotton dengan Caramel yang mudah dan sedap.

Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali