Kek

Resepi Kek Batik Karamel

resepi-kek-batik-karamel

Resepi Kek Batik Karamel

Bahan-Bahan: (sukatan cawan)

1/2 cawan butter
1 cawan gula perang
1/4 cawan whipping cream
1/4 cawan susu pekat
Biskut 4 segi 20 keping

*Loyang yang Ain gunakan saiz 8.5”x4.5”

Cara-cara:

1. Cairkan butter bersama gula perang.

2. Kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan whipping cream. Apabila nampak sos karamel mula berbuih tutupkan api sebentar.

3. Buka api semula dan kacau lagi sampai nampak gula sebati bersama cream, akhir sekali masukkan susu pekat.

4. Boleh tutup api sambil kacau sos karamel sehingga tekstur mula memekat.

5. Pecah-pecahkan biskut dan masukkan ke dalam sos karamel. Gaul bersama sehingga bersalut.

6. Lapikkan loyang dengan cling wrap, masukkan semua biskut yang bersalut karamel ke dalam loyang.

7. Padatkan biskut tekan-tekan sehingga padat di dalam loyang.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau freezer selama 30 minit.

9. Setelah batik karamel mengeras boleh potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Red Truffle Brownies Oreo

Resepi Kek Batik Karamel

Resepi Oleh: Hurun’Iin Malik