Ayam

Resepi Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan

resepi-ayam-kapitan-sangat-wangi-dan-menyelerakan

Resepi Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan

Resepi ni simple jer tapi aromanya sangat wangi dan menyelerakan!. Boleh tambahkan santan atau yogurt untuk lagi sedap dan pekat.

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul paha ayam
  • 1 biji kentang
  • 2-3 sudu besar rempah penang masala
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau

Bahan Tumis:

  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • daun pandan
  • 2 biji bawang, hiris halus

Bahan Kisar:

  • 5 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Masak:

1. Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Bancuh rempah penang masala dengan sedikit air.

2. Kemudian masukkan ke dalam kuali, tumis lagi dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan berbau harum.

3. Masukkan ayam dan kentang, tutup kuali. Masak sehingga ayam empuk. Korang boleh tambahkan santan untuk lagi sedap dan kuah lagi pekat.

4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili besar. Perisakan dengan gula, garam dan seasoning/cukup rasa. Sangat sedap! Cubalah!

Resepi Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan

Resepi Oleh: Kuali Helena