
Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api
Bahan-Bahan:
Ikan masin (terubuk, talang, duri dan yang sewaktu denganya)
Air asam jawa/ asam keping
Bawang besar – dihiris
Cili besar merah – dihiris
Tomato- dibelah 4
Gula dan serbuk perasa
Bahan ditumbuk kasar –
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Cili besar merah
Cili padi merah/ hijau
Cara Menyediakan:
1. Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yang kita nak, pastu rendam setengah jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak, Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata. Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa. Saya tak letak garam sebab ikan terubuk tu dah masin.
5. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit. Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi, Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
+ Ikan masin direndam dalam 30 minit – ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.
Resepi Oleh: Juma Natull