Mee

Resepi Bihun Goreng Putih

resepi-bihun-goreng-putih

Resepi Bihun Goreng Putih. Buat untuk birthday Yusuf Baihaqi’s semalam. Masak untuk lebih kurang 15 orang makan.

Bahan-Bahan:

2 bungkus bihun (rendam air sejuk dalam 20 minit)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
2 keping dada ayam (hiris)
sepeket fishcake (hiris)
400gm isi udang kecil
sawi (potong)
1 batang carrot (potong panjang2)
sos tiram secukup rasa
2 paket perencah nasi goreng ayam #adabi
garam & gula secukup rasa
2 sudu cuka makan
air secukupnya

Cara Memasak:

1. Blend bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan blend sampai garing.

2. Masukkan ayam, carrot, dan fishcake. Kacau rata. Masukkan sos tiram dan perencah nasi goreng ayam. Kacau rata. Masukkan air.

3. Kacau sampai mendidih. Tambah sawi & isi udang. Perasakan garam, gula & cuka. Kacau. Masukkan bihun yang dah ditapis & dibasuh. Kacau sampai bihun lembut. Tutup api.

4. Tabur telur dadar gulung dan daun sup hiris. Done.

Resepi Bihun Goreng Putih

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli