Resepi Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur
Ikan Rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi. Nikmat.
Bahan-Bahan:
- 7 ekor ikan selayang dicuci bersih
- 4 keping asam keping
- 3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
- 1 inci nisan (gula melaka)
- 4 keping hirisan lengkuas
- Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk dan tuang air. Sukatan air, tenggelam separuh dari ikan. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
2. Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng. Dalam minyak yang sama, goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap untuk dihidang.
Lagi sedap kalau makan dengan Sambal Minang ni. Bertambah selera makan >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Aisyah Humaira