Resepi Ikan Masak Cuka atau Ikan Jeruk

Resepi Ikan Masak Cuka atau Ikan Jeruk

Resepi ni orang utara memang dah familiar sangat. Lauk ni boleh tahan banyak hari walaupun tak masuk peti sejuk. Kalau bulan puasa kami suka makan time sahur dan kadang-kadang kalau tak sempat nak masak sahur lauk ni jadi penyelamat. Haha… Ramai pulak yang tanya resepi kan. Ok, saya sharekan resepi ni untuk kawan-kawan yang bukan dari utara yang teringin nak mencuba.

Bahan-Bahan:

  • Bawang besar (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris @ diketuk)
  • Halia (dihiris halus)
  • Biji sawi
  • Cili padi hijau
  • Bawang merah kecil
  • Cuka (boleh ganti dengan asam jawa kalau perut tak tahan cuka)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa masakan (kalau suka)
  • Ikan yang telah digoreng (semua jenis ikan boleh ni saya guna ikan haruan & sepat)

Cara-Cara:

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.

2. Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ni boleh masukkan gula, garam dan perasa (kalau suka). Tips; kena letak banyak gula untuk balancekan dengan rasa cuka.

3. Bila air dah menggelegak, masukkan ikan goreng yang digoreng garing.

4. Seterusnya masukkan cili hijau dan bawang kecil. Bawang kecil dimasukkan last skali untuk bagi impak rasa ranggup apabila makan. Fuhh sedap. Tutup api, siap. Senang ja kan. Selamat mencuba.

Tips:

  • Kalau nak lauk tahan lama, ikan kena goreng sampai garing dan banyakkan cuka.
  • Rasa ikan masak cuka ni rasanya masam-masam manis. Kena pandai balancekan rasa.
  • Cuka boleh ganti dengan asam jawa kalau perut jenis tak tahan makanan bercuka. Untuk anak-anak saya memang tak guna cuka gantikan dengan asam jawa.
  • Kalau nak pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk time menumis.
  • Maaf kuanti bahan-bahan boleh agak-agak ikut gerak hati ya.
  • Lauk ni kalau lagi lama lagi sedap sebab rasa & ikan tu dah sebati.
Resepi Ikan Masak Cuka atau Ikan Jeruk

Resepi Oleh: Razana Razak