Nasi

Resepi Nasi Kuning Dengan Ayam Masak Merah

resepi-nasi-kuning-dengan-ayam-masak-merah

Resepi Nasi Kuning Dengan Ayam Masak Merah

Pernah tak masak ayam merah tapi ayam tu direbus dan digoreng dengan perapan nasi ayam? Dan digaul dengan sambal?. Kalau tak pernah try, try la.. Sedap. Yang penting isi dia lembut.

Resepi Nasi Kuning/Kunyit

Bahan-Bahan:

  • 5 biji Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih
  • Halia
  • Perkakas kasar (4 sekawan)
  • Butter/majerin
  • 1 kotak Santan
  • Daun pandan
  • Serai
  • Air rebusan ayam
  • Serbuk kunyit

Cara Masak:

1. Cairkan sedikit butter bersama sedikit minyak. Tumis perkakas kasar. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar.

2. Bila dah garing, masukkan serai dan daun pandan. Masukkan air rebusan ayam, santan sekotak, serbuk kunyit, gula dan garam. Didihkan kejap.

3. Masukkan ke dalam beras yang telah dibasuh. Sukatan air macam masak nasi biasa, masukkan dalam rice cooker.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • Ayam
  • Cili kering (kisar)
  • 5 biji Bawang merah (kisar)
  • 4 ulas Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai (kisar)
  • 1/2 tin Susu cair
  • Sos cili
  • Bawang holland (hiris)

Cara Masak:

1. Ayam direbus terlebih dahulu bersama daun pandan dan halia serta sedkit garam. Rebus kejap je.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Merah Berempah Kurma

2. Untuk perapan ayam; Kicap, gula, sedikit minyak masak, dan garam. Gaul ayam tadi dan perap setengah jam.

3. Goreng ayam tadi, jangan lama sangat kejap je kemudian angkat. Tumis bahan yang dikisar tadi. Dah garing masukkan susu cair, sos cili, dan perapan ayam tadi.

4. Tambah gula, garam, ajinamoto secukup rasa, letak kicap sikit, dan masukkan ayam tadi. Masukkan juga bawang holland hiris dan cili padi hiris. Siap.

Resepi Nasi Kuning Dengan Ayam Masak Merah

Resepi Oleh: Norfarhana Ariffin