Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas
Masak kicap pekat pedas nih, waktu sahur memang salah satu menu kena masak. Lauk nih Saja boleh buat berselera nak makan waktu sahur. Memang pinggan tu tak tinggal kesan kicap la, sebabnya dengan sekali nasi-nasi digaul dalam bekas pinggan masak kicap. Manis pedas kicap tu penambah selera.
Bahan-Bahan:
- 6 potongan ikan kerisi (digoreng)
- 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 7 batang cili padi merah
- 7 batang cili padi hijau
- 1 biji tomato
- 1 sudu kecil serbuk sup
- 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
- Gula 1 sudu besar
- 5 sudu besar cili kisar
- Kicap Manis (cap kipas udang) 4-5 sudu besar
- Minyak masak
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak (untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan API Yang perlahan dan gaul cili serta masak dengan sempurna).
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi, dan tomato. Gaul rata. Kemudian masukkan kicap manis, gula, dan serbuk perasa. Gaul lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul semua bahan hingga rata dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah