Kuih Muih

Apam Coklat Gebu Gebas Gerenti Jadi

apam-coklat-gebu-gebas-gerenti-jadi

Apam Coklat Gebu Gebas Gerenti Jadi

Kadang-kadang tu kering idea dah apa nak dihidangkan untuk minum petang. Lagi-lagi PKP ni, sume ada kat umah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan. Ni As nak share resepi apam coklat mudah dan kompom jadi. Gebus dan lembut yakmat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti happy sekeluarga menikmati.

Bahan-Bahannya:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara Membuat:

1. Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

2. Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.

3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.

4. Sapukan minyak pada acuan.Tuang aduan dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas mengelegak ye.

Selamat mencuba. As jamin resepi ni anti gagal. Pasti kejadiannya gebu gebas tak sabar nak makan. Korang save dan share tau.

Apam Coklat Gebu Gebas Gerenti Jadi

Resepi Oleh: Asrinna Bakri