Masakan Barat, Roti, Sarapan

Resepi Roti Pizza Ekstra Chezzy

resepi-roti-pizza-ekstra-chezzy

Resepi Roti Pizza Ekstra Chezzy

Kebetulan dapat berita seluruh sekolah dah mula cuti panjang kan. Jenuhlaa sekalian mak cari resepi mudah nak masak dekat anak-anak nanti. Haa cikgu bakar guna pan je. Tak guna AF ke apa. Mudahkan kerja mak.

Sediakan bahan-bahan seperti bawah:

  • 5 keping Roti gardenia wholemeal( nak guna putih pun boleh)
  • 2 batang sosej digrill seketika
  • hirisan bawang merah
  • 1/8 cili benggala
  • 5-6 biji cendawan butang
  • semangkuk kecil cheese mozarella
  • sos spagetti
  • daun parsley kering
  • sos cili dan mayonis

Cara Membuat:

1. Roti gardenia cikgu potong dua. Kemudian sapu planta atau marjerin kedua-dua belah. Susun atas pan. Bakar sekejap sebelah bawah sedikit garing. Sebelah atas tak perlu ya. Tutup api.

2. Kemudian terbalikkan. Bahagian garing tadi disapu dengan sedikit sos Prego. Susun sosej, cendawan butang dan hirisan bawang merah Bombay.

3. Kemudian taburkan cheese mozarella dan paip nipis mayonis serta sos. Taburkan juga sedikit daun parsley. Buka api semula paling perlahan.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Cakoi

4. Tutup pan guna tudung periuk. Angkat setelah keju mencair. Ingat ya. Api jangan buka besar. Nanti bawah hangit sebelum sempat cheese cair. Hidangkan panas-panas.

Resepi Roti Pizza Ekstra Chezzy

Resepi Oleh: Afy AL Habibi