Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap

resepi-ikan-bawal-masak-kicap

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap

Bahan-Bahan:

Ikan bawal (kalau besar seekor, kalau saiz kecil buat 2 ekor)
Bawang putih (ikut suka nak banyak mana)
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Daun sup & daun bawang (ikut suka nak banyak mana)
Kicap Lemak Manis Jenama KIPAS UDANG (jenama lain tak sedap)
Minyak secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Ikan bawal dibersihkan dan dikelar. Letak garam kunyit dan goreng hingga garing. Ketepikan.

2. Bawang putih dipotong kecil-kecil. Cili padi dipotong kecil-kecil. Daun sup dan daun bawang dihiris. Ketepikan.

3. Minyak yang goreng ikan bawal tadi digunakan semula untuk masak ikan bawal kicap ni. Guna minyak agak-agak. Guna minyak yang sederhana banyak sebab nanti apabila minyak bergabung dengan kicap, akan jadi kuah. Kalau minyak terlalu sedikit, nanti tak ada kuah.

4. Panaskan minyak tersebut, masukkan bawang putih. Goreng hingga hampir kekuningan, jangan sampai hangit. Masukkan cili padi. Kacau-kacau sekejap. Masukkan Kicap Lemak Manis Kipas Udang. Kacau-kacau sehingga mendidih. Tutup api.

5. Tuang di atas ikan bawal yang telah digoreng garing tadi. Daun sup dan daun bawang terpulang nak letak siap-siap di atas ikan atau pun ditabur kemudian. Boleh tabur bawang goreng jika suka.

Catatan: Kalau buat ikan bawal saiz kecil-kecil lagi sedap, sebab rasa kicap, bawang putih dan cili padi meresap ke dalam ikan.

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap

Resepi Oleh: Hamidah HA