Hari ni saya nak kongsi Resepi Kole Kacang yang sangat sedap, tak sedar boleh masuk mulut 5 atau 6 potong huhuhu… Rasanya lemak-lemak dan tak manis sangat sesuai dengan selera kita. Tahi minyak pun cantik menjadi. Resepi terbaik dari chef Asma Nordin. Selamat mencuba.
Resepi Kuih Kole Kacang Sedap
Bahan-Bahan:
Bahan A –
400 gram gula merah
100 gram gula halus – saya kurangkan 70 gm
300 ml air
1 helai daun pandan
Bahan B –
300 gram tepung kacang hijau
1t sp garam
400 ml santan pekat
1300 ml air
Cara-cara: loyang 10X10
1. Masak bahan-bahan (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml (jangan sampai air gula pekat).
2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkan bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk. Jangan terlebih pekat sangat nanti jadi kuih plastik (Masukkan 1 1/2 tbsp minyak supaya berkilat).
4. Bila masak tuang ke dalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.
5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
Cara Buat Tahi Minyak:
1. 300ml santan pekat + 1/8tsp garam (dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
2. Minyaknya jangan dibuang, guna 1 1/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat.
+ Saya masak adunan kuih ni selama 25 minit, kena sentiasa kacau supaya cantik nanti kuih kita dan tidak bergentel. Alhamdulillah menjadi dan cantik bila dipotong, tahi minyak ni saya tabur atas kuih sewaktu masih panas.
Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali