Resepi Bonda
  • Laman Utama
  • Resepi Masakan
    • Ais Krim
    • Ayam
    • Biskut
    • Daging
    • Kari
    • Kek
    • Kuih Muih
    • Laksa
    • Makanan Laut
    • Manisan
    • Masakan Barat
    • Masakan Korea
    • Masakan Thai
    • Mee
    • Minuman
    • Nasi
    • Pastry
    • Puding
    • Snek
    • Roti
    • Sambal & Pencicah
    • Sarapan
    • Sayur
  • Blog
  • Tips
  • Hantar Resepi
  • Hubungi

Type and hit Enter to search

Resepi Bonda
  • Laman Utama
  • Resepi Masakan
    • Ais Krim
    • Ayam
    • Biskut
    • Daging
    • Kari
    • Kek
    • Kuih Muih
    • Laksa
    • Makanan Laut
    • Manisan
    • Masakan Barat
    • Masakan Korea
    • Masakan Thai
    • Mee
    • Minuman
    • Nasi
    • Pastry
    • Puding
    • Snek
    • Roti
    • Sambal & Pencicah
    • Sarapan
    • Sayur
  • Blog
  • Tips
  • Hantar Resepi
  • Hubungi

Ramai kawan-kawan yang dah cuba puding roti yang berlayerkan puding atau flan di atasnya dengan pelbagai variasi yang menarik. Akakpun tak nak ketinggalan, versi akak menggunakan cocoapuff sebagai layer atasnya. Ni resipinya kalau ada yang nak cuba.

Resepi Puding Roti Cocoapuff

(Sukatan menggunakan cawan metrik)

Bahan-Bahan Untuk Puding Roti:

12 keping roti
½ cawan gula
2 biji telur
1 ¼ (310 ml) cawan susu cair
⅔ cawan (160 ml) air
1 sudu besar butter dicairkan
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit garam

Bahan Untuk Puding Cocoapuff:

10 g serbuk agar-agar
¾ cawan gula
3 cawan (750 ml) air
¾ cawan (180 ml) susu cair
½ cawan (125 ml) santan
1 biji telur
⅓ cawan tepung kastad
60g butter
½ sudu teh esen vanilla
Pes pandan dan pewarna hijau secukupnya
Biskut Cocoapuff secukupnya

Cara Membuat Puding Roti:

1. Sapu loyang 4 segi (loose based) berukuran 7 inci dengan butter dan kemudian alas dengan plastik. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan lain dan kacau atau blender hingga sebati dan gula hancur. Tapiskan ke dalam loyang berisi roti dan ketepikan sehingga roti menyerap bahan-bahan tadi.

3. Ratakan permukaan dengan belakang sudu dan kukus selama 20-25 minit menggunakan api sederhana hingga masak (boleh juga dibakar secara waterbath).

4. Angkat dan ketepikan sehingga sejuk. Bila telah sejuk, lalukan keliling puding dengan pisau supaya mudah dikeluarkan nanti. Sediakan pula lapisan puding Cocoapuff.

Biskut Cocoapuff yang digunakan.

Cara Membuat Puding Cocoapuff:

1. Satukan air, santan dan gula dan serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih dan kacau sehingga gula hancur. Masukkan butter dan masak hingga butter cair.

2. Dalam bekas lain, satukan telur, susu dan tepung kastad. Blender atau kacau hingga sebati. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam adunan yang sedang dimasak. Kacau selalu sehingga adunan menjadi pekat.

3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan esen vanila dan satu lagi bahagian dicampur pes pandan dan sedikit pewarna hijau.

4. Tuang separuh dari adunan vanilla ke atas puding roti (boleh juga mulakan dengan adunan pandan). Kemudian susun biskut Cocoapuff di atasnya.

5. Tuangkan pula separuh dari adunan pandan dan susun biskut di atasnya. Ulangi hingga habis. Lapisan puding yang terakhir tidak perlu disusun biskut di atasnya.

6. Biar hingga puding mengeras sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Resepi Puding Roti Cocoapuff

Resepi Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Kongsikan:

  • Facebook
  • X
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Pinterest

Resepi Lain:

Resepi Puding Roti Ikan Koi Resepi Puding Roti Pelangi Resepi Bread Butter Pudding Versi Bakar Resepi Puding Roti Lapis Kastad Resepi Puding Roti Coklat Sos Creamy Puding Roti Cheese Style Hotel 5 Bintang

Tags:

buat pudingcara buat pudingcocoapuffpudingpuding rotipuding roti cocoapuffresepi pudingroti

Share Article

Resepi Lain

Previous

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap

Next

Resepi Kuih Pantai Timur, Sekaya Telur

Next
16/02/2019

Resepi Kuih Pantai Timur, Sekaya Telur

Previous
14/02/2019

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap

Resepi Terkini

Puding Oreo Red Velvet Hanya Guna 5 Bahan
03/12/2023
Nasi Minyak Bajet Guna Saja Bahan Yang Ada Di Dapur
30/11/2023
Resepi Ayam Masak Sambal Air Tangan Ibu Mertua
28/11/2023
Puding Blueberry Cincau Nampak Cantik Dan Sedap
27/11/2023
Kek Batik Moist Rasa Premium Cair Di Mulut
23/11/2023
Resepi Bonda
Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini.
Laman Facebook
Laman Facebook
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hantar Resepi
  • Hubungi
  • Laman Utama
  • Resepi Masakan
    • Ais Krim
    • Ayam
    • Biskut
    • Daging
    • Kari
    • Kek
    • Kuih Muih
    • Laksa
    • Makanan Laut
    • Manisan
    • Masakan Barat
    • Masakan Korea
    • Masakan Thai
    • Mee
    • Minuman
    • Nasi
    • Pastry
    • Puding
    • Snek
    • Roti
    • Sambal & Pencicah
    • Sarapan
    • Sayur
  • Blog
  • Tips
  • Hantar Resepi
  • Hubungi