Biskut

Resepi Biskut Orange Chocolate Chips

resepi-biskut-orange-chocolate-chips

Resepi Biskut Orange Chocolate Chips

Bahan-Bahan:

  • 250gm mentega
  • 160gm gula kaster
  • 1 biji telur
  • 1 kuning telur
  • 300gm tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikabonat
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 30gm conflakes – diramas halus
  • 150gm chocolate chips
  • 100gm hirisan badam – disangai
  • 1 sudu besar orange emulco/sunquick – akak guna 1 tsp esen oren
  • 1 sudu besar parutan kulit limau – optional
  • Pewarna orange secukupnya

Cara-cara:

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat, emplek. Satukan di dalam mangkuk bersama chocolate chips, hirisan badam, parutan kulit limau dan cornflakes. Gaul rata.

2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar hingga bergaul rata.

3. Masukkan ke dalam adunan tepung bersama orange emulco dan pewarna, uli hingga menjadi doh yang lembut (Doh jadi lembik sikit, sila tambah tepung 1/2 cup sedikit demi sedikit jika perlu).

4. Rehatkan selama 10 minit. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel ringan. Susun dan jarakkan di atas dulang pembakar.

5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak (oven akak 20 minit sahaja).

Resepi Biskut Orange Chocolate Chips

Resepi Oleh: Keroroyz Royz