Resepi Apam Pandan Coklat Gebu Lemak Bersantan

Resepi Apam Pandan Coklat Gebu Lemak Bersantan

Hari ni siap buat kudapan untuk petang ni, Apam pandan coklat. Sedap, halus, gebu dan lemak bersantan gitu. Pekena dengan kelapa parut Putih nie. Perghh.. Memang sedap sangat. Ada ke peminat apam ni?

Bahan-Bahan:

  • Tepung blue key/tepung gandum + 1 sk baking powder (pilih salah satu) – 2 cawan
  • Santan kara – 1 kotak 250ml
  • Gula – 1 cawan
  • Ovellete – 1 sudu
  • Telur – 4 biji
  • 1sk pewarna hijau
  • 1sk esen pandan/Pes pandan
  • 1sb serbuk koko

Cara Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu, bertukar warna putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli. Mix sampai semua bahan sebati dan gebu.

2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan, campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi, campur dengan serbuk koko dan gaul sebati.

3. Acuan boleh guna acuan lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye nanti mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti. Cara saya hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. Ikutlah korang nak paip ke macam mana.

4. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit sahaja OK. Jangan lebih masa!. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nanti hodoh pulak apam. Selamat mencuba.

Guna Serbuk Koko 100% Asli Ni Baru Betul Rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Resepi Apam Pandan Coklat Gebu Lemak Bersantan

Resepi Oleh: Doa Penenang Hati