Kari, Makanan Laut

Resepi Gulai Campur Kepala Ikan

resepi-gulai-campur-kepala-ikan

Sebut kepala ikan mesti ramai yang terbayang masak kari. Tapi akak suka masak gulai campur. Sedap ringkas, yang penting tak muak.

Resepi Gulai Campur Kepala Ikan

Bahan-Bahan:

3 bijik kepala ikan atau 1kg or 2 kg ikan besar (sebarang ikan la, potong dan bersihkan, rendam dalam air garam selama 1 jam)
1/2 kg santan pekat campur dengan 2 cawan air
2 keping asam keping
sedikit garam

Bahan Kisar –

7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih,
sedikit halia.
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
4 biji cili kering
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari
sebarang jenama, akak suka rempah ros

blend semua bahan hingga halus.

Cara Memasak:

1. Masukkan semua bahan kecuali kepala ikan dalam periuk. Panaskan hingga mengelegak dan biarkan agak pecah minyak sedikit.
kacau selalu supaya tidak berketul.

2. Toskan ikan, masukkan dalam periuk. Bila agak masak (kalau suka boleh masukkan cili hijau yang besar tu 3 atau 4 biji) bolehlah tambah, bendi atau terung atau (kentang masukkan awal) atau apa-apa sayur yang disukai.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

3. Tambah perasa kalau suka, gula atau ajinomoto, atau kiub ayam. Boleh matikan api dan biarkan sayur masak dalam wap panas. Hidangkan.

Resepi Oleh: Hana Rahman