Resepi Terung Berlada

Resepi Terung Berlada

Bahan-Bahan:

2/3 biji terung panjang dipotong serong
4 biji bawang merah besar dihiris halus
3 biji bawang putih di hempok je dengan pisau
2 biji tomato dipotong dadu
segengam ikan bilis digoreng garing
2 biji cili merah
10 biji atau lebih cili padi
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan bawang merah.

2. Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar dan dibuang airnya.

3. Masak sehingga garing, kemudian masukkan garam dan gula.

4. Akhir sekali masukkan tomato dan cuka. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya. Hidangkan.

Resepi Terung Berlada