Resepi Ketam Kam Heong Versi Sambal
Versi yang diubah. Masakan “Wangian Emas” atau Kam Heong terlajak sambal jadi pilihan gaul dengan nasi pun sedap, apatah lagi makan macam tu sahaja pun merecik sangat. Hanya RASA SIFU sahaja sudah sempurnakan rasa enak sehingga menjilat jari tidak tersisa sedikit pun.
Bahan-Bahan:
- 5-6 ekor ketam – dibersihkan dan digoreng
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu kecil RASA SIFU
Bahan Sambal:
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 2 biji bawang merah – dicincang
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu besar RASA SIFU
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1/4 cawan sos cili
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1/4 cawan air panas
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Satukan ketam, serbuk kunyit dan RASA SIFU goreng ketam hingga masak. Dalam blender satukan bawang besar, bawang putih dan udang kering, kisar halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang hingga layu kemudian masukkan bahan kisar kacau.
3. Satukan serbuk cili dan serbuk kari bancuh dengan sedikit air jadikan pes, kemudian tuang ke dalam kuali kacau, letak daun kari dan masak sehingga pecah minyak.
4. Tuang air panas dan masukkan sos cili, sos tiram, kicap lemak manis dan RASA SIFU secukupnya. Harum sangat bila dah masak.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish