Roti

Resepi Roti Cinnamon Rolls

resepi-roti-cinnamon-rolls

Resepi Roti Cinnamon Rolls

Bahan-bahan:

3/4 cawan susu segar
1/4 cawan majerin – suhu bilik
3 1/4 cawan all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cawan gula halus
1/2 sk garam
1/4 cawan air
1 telur

Bahan Filling:

1 cawan gula perang
1 sb serbuk cinnamon (Kayu Manis)
1/2 cawan majerin – suhu bilik
1/2 cawan kismis (jika perlu)

Cara Membuat:

1. Panaskan susu di dalam kuali/pan, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin cair. Ketepikan sehingga menjadi suam.

2. Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.

3. Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya.

4. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.

5. Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.

6. Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

7. Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk empat segi (saiz 12×9 inci). Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan kismis jika suka.

8. Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya.

9. Susun di dalam loyang yang telah disapu majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.

10. Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

11. Boleh dihidangkan bersama krim atau susu pekat/cair.

cinnamon-rolls