
Resepi Puding Cincau Blueberry
Bahan-Bahan:
20g agar-agar tali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair/susu segar (2 cawan)
2 helai daun pandan -simpulkan
Cincau – potong dadu kecil-kecil
Secubit garam
Pewarna blueberry emulco/blueberry oil base
Cara Menyediakan:
1. Masak air bersama agar-agar hingga larut. Masukkan gula, daun pandan, larutkan gula. Perlahankan api.
2. Ambik agar-agar dalam 1 1/2 cawan, tuang dalam bekas lain. Masukkan warna blueberry. Keraskan dalam peti sejuk.
3. Boleh keluar agar-agar blueberry tadi. Potong dadu kecil-kecil.
4. Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang 8×8, ketepikan.
5. Besarkan semula api, lebihan agar-agar tadi dimasak. Kemudian, tuang susu cair, masuk secubit garam dan kacau bagi sebati.
6. Ambil agar-agar susu tadi dalam 3 cawan, tuang perlahan-lahan dalam loyang tadi. Biarkan sederhana beku.
7. Lebihan agar-agar dalam periuk warnakan pewarna blueberry. Tuang perlahan-lahan atas agar-agar susu. Bekukan sederhana sejuk dalam peti sejuk.
8. Keluarkan puding tadi, terbalikkan puding perlahan-lahan atas bekas/alas yang rata. Boleh potong ikut suka, hidangkan.
Resepi Oleh: Zura Zul dari FB Group MAHN